A-17-02 Ceriaan Kiara, Jalan Kiara 3, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur
Matlamat penubuhan:
1.Memupuk perpaduan nasional serta mempertingkatkan hubungan persahabatan dan semangat kekitaan melalui progam-program pertubuhan
2.Memupuk semangat persahabatan dan persefahaman di kalangan ahli
3.Menjaga kebajikan am ahli-ahli
4.Mengadakan pertandingan, kerjasama atau gabungan dengan pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama
5.Menjalankan aktiviti-aktiviti untuk untuk ahli-ahli
6.Menyatupadukan ahi-ahli melalui program hari keluarga dan aktiviti-aktiviti pertubuhan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli-ahli
Ahli seumur hidup terbuka kepada ahli yang membayar yuran sekaligus iaitu terdiri daripada:
1.Ahli biasa terbuka kepada semua bekas peserta SSEAYP dari tahun 1974 dan seterusnya.
2.Ahli bersekutu terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa iaitu terdiri daripada suami atau isteri kepada bekas peserta SSEAYP.
3.Ahli remaja terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah terdiri daripada kalangan anak-anak bekas peserta SSEAYP.
